assalamualaikum kepada readers yang sudi baca sampai habis, 
rasa rajin sikit nak update story mory, secara ringkas je. sebab aku yakin, tak semua student selain student unimas rasa benda ni (maybe). cerita ni pun boleh jugak yang dijadikan sebagai panduan kepada adik-adik yang bakal melangkah ke universiti, yang paling penting kepada yang berjaya memasuki unimas (tadaa!)

Selepas keluar je result upu, pergilah mana mana, orang akan tanya,

"dapat mana"
Unimas~

"Amboi jauhnya, kenapa minta jauh-jauh? susah ummi abah nak jenguk" sambil berkerut kening.
Memang dah terniat di hati memang nak sangat ke Sarawak. Kepada yang belum berkesempatan untuk ke Sarawak mesti terfikir-fikir Sarawak & Sabah macam mana lah ghopernya kan. Time aku kecik dulu, mesti terpikior Sarawak & Sabah di semua kawasan hutan, tak ada jalan raya, tak apa-apa, kalau letak orang semenanjung kat situ, belum tentu boleh hidup. (masa itulah)

So why not kan? Ummi abah pun nampak kecewa & sedih jugak sebab apply sana. Yela, aku anak sulung, masuk asrama pun tak pernah. 18 tahun bersama family. Tiba, apply jauh.  Dengan segala restu, aku apply unimas pada pilihan 1 kos accounting dan pilihan 2 kos service economic. (Confirm dapat kalau apply unimas). Alhamdullilah dapat service economic. Walaupun, ada sedikit terkilan sedih sebab tak dapat kos accounting. Takpelah, bukan rezeki. 

Sepanjang dekat Unimas, aku dapat simpulkan, ia merupakan sebuah memori sebuah pengalaman walaupun ada yang sekeliling like "eleh unimas je" "eleh dapat unimas apalah sangat". Dapat pulak kawan yang best, kan. Kawan perabih duit, kawan makan situ sini, kawan tidur sekatil sebilik sebantal, kawan melepak sampai malam buta sampai subuh, kawan barai tak tidur, kawan stress nak hadap exam. Ala kalau gaduh kecik tu biasalah, kalau dah sebumbung memang akan ada punya benda tak kena macam gaduh dengan adik adik kat rumah. 

Kalau bab makanan, rate price makanan Unimas memang murah. Kalau cedok satu lauk dengan bernasi dapat lebih kurang RM3, dua lauk (depend lauk sayur or ayam or telur) cecah RM5. Overall, not bad. kenyang kembung gemuk metong jugak. Kalau air paling meletop mentok montok, air teh c special gula apong, peh! Sedap! Betul tak tipu 

Unimas dekat dengan Mall, Sarawak ni banyak je mall jangan risau, paling best dapat makan kek lapis Sarawak dengan harga termurah. Dekat sabah pun rm25 seketul, dekat Sarawak RM10 seketul. Bila duduk Unimas, kau akan terpikir dua tiga kali nak balik, sebab apa? Sebab kau kene fikir kos pulang dan balik ke unimas semula, boleh cecah beratus ringgit. Kadang-kadang, tak balik terus, kalau satu semester 5 bulan, 5 bulan lah duduk unimas. Lain dengan Universiti yang boleh balik dengan jalan darat, family pun boleh jenguk tiap minggu. Tapi disebabkan kau pun dikelilingi oleh kawan-kawan senasib dengan kau, saling bergantung sama sendiri. 

Jadi, semester kedua ni, aku berdegil nak balik, kalau semester 1, cuti midsem aku tak balik, sebab fikir duit. Maka, sebulan or dua bulan sebelum balik beraya, kami memang akan selalu usha ticket Airasia, Malindo and Mas. Then bandingkan mana ticket paling murah. Bila jadual exam terus keluar, malam tu jugak decide nak balik bila, waktu bila, harga pulak ada yang paling murah time tu. Exam habis 9/6, aku balik 10/6. 11/6 terus balik kampung terengganu. Bila dapat Unimas, orang yang tak pernah merasa naik belon, akan dapat naik belon dan dapat belajar macam mana nak beli ticket sendiri, check in luggage sendiri, passport imigresen, wrapping luggage, semua tu pengalaman, nanti dah bekerja nak pergi mana-mana, naik kapal senang dah biasa.

Tips dari student unimas:
  • Bila nak beli tiket, jangan beli pada hari jumaat or isnin. Harga time tu tengah mahal, sebab hari cuti.
  • Bila usha tiket Airasia, akan ada waktu (selalunya waktu malam) Airasia akan buka promo harga ticket, dan selalunya pada harga promo mereka akan nyatakan berapa seat yang left contoh (2 seat left). kalau macam korg nak naik bertiga bersama, jadi, yang 2 orang pertama beli dahulu. Sebab seat tak habis pun lagi, dia like on off promo. bila 2 seat left korg dh beli, nanti air asia akan buka lagi 1 seat left. Masa tu korg kene cepat beli. Macam berlumba lah.        
Jadi perasaan pulang berhari raya dari jauh di perantauan di lebih kuat. Setiap hari menghitung baki hari nak balik. Memang debau debau eksaited habis. Eksaited tu sampai tak boleh disampaikan dengan kata-kata. Jumpa je housemate, tersengih-sengih, bila ditanya kenapa sengih,

 "DAH NAK BALIKKKKK!"



bersungke di Herts Chicken
Begitu sekali eksaited dia tau, jumpa dekat bilik air, tersengih. Jumpa di dapur, tersengih. Jumpa dekat bilik, tersengih. Punya bilang hari nak balik. Part paling eksaited, kiteorang satu rumah berkemas barang barang yang nak bawak balik dengan barang nak disimpan dalam stor. Maka, bermula ramadhan pertama di bumi Sarawak tambah pula jauh dengan family. Ramadhan kalini, berpuasa dengan kawan. Hari-hari dok pikiaq nak makan apa, makan benda yang sama je hari-hari, sampai rindukan lauk-pauk di negeri masing masing, rindukan makanan semenanjung. Tapi makanan waktu berbuka memang sama sambil membayangkan makanan masuk dalam mulut tu nasi kerabu, laksa, macam macam lah nafsu ni nak. 

Selepas habis exam paper mathematics economic


Hari terakhir exam 09/06 paper mathematics economic, punya nervous sampai lupa esoknya nak balik dah. Rasa macam semalam je baru start kira hari nak balik, tengok tengok, esok dah :') Lepas je habis exam, terus sewa kereta pergi mendobi apa yang patut sebelum nak balik. Baki-baki barang yang kene simpan, simpan dulu. so dengan masa yang singkat, kiterg plan boek punya,


2.00pm-4.00pm - Mendobi, pergi Farley, pergi Asma kek House beli kek lapis
5.00pm-8.00pm - bersungke di rumah fatin faikha, berselpie wefie sembang main cogiey 
8.00pm-10.00pm - beli kek lapis dekat Mira Cake house & ikan terubuk 
11.30pm - Angkut barang simpan di stor. Kemas bag, luggage, kemas bilik esok dah nak balik

 Aku penat dah nak sambung cerita, jadi biar gambar pula yang bercerita, 












  Bersungke di rumah Fatin faikha


Nak merasa sangat Family Mart, hambek ko~

Berehat 2 bulan lebih ~ bye bye