Al-Fatihah Aina Nabihah

February 05, 2018


Assalamualaikum.

Belum habis lagi kita brain apa yang dah jadi ke atas adik Vasanthapiriya setelah dia mengantungkan diri kerana dituduh mencuri handphone milik gurunya;

Hari ini kita digemparkan dengan berita adik Aina Nabihah 9 tahun, yang telah menemui ajal di tangan bapa durjana. Buah pinggang rosak, usus terkoyak, dilibas dengan tali pinggang, diterajang, ditumbuk, dibelasah dan dipijak perut sampai budak terkencing!

Allahuakbar!

Ayah si durjana seorang askar, pangkat sarjan pula. Korang bayangkanlah seorang sarjan atau askar tenaganya kuat, tendangan dan latihan fizikalnya padu, dan sebagainya dan mereka lebih dihormati masyarakat kerana kerjayanya mempertahankan bangsa negara. Tapi, malang seribu kali malang, segala kekuatan, ketahanan, kebolehan bertempur sang ayah bukan nya disalurkan kepada segerombolan bermusuhkan senjata, tetapi ditalakan segala kudrat yang ada kepada seorang kanak-kanak perempuan yang tak ada daya.

Menurut susulan cerita jiran yang merupakan guru mengaji kepada adik Aina Nabihah,
"Pada malam kejadian, arwah nampak lain dan lebih banyak diam.
"Apabila ditanya, Aina hanya tunduk dan memberitahu tiada apa-apa berlaku. Saya hanya mengetahui Aina meninggal dunia selepas diberitahu jiran, keesokan pagi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Vista Jaya di sini, hari ini.
Katanya, dia terkejut dengan berita kematian itu dan tidak menyangka mangsa menanggung penderitaan didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya, sejak sekian lama.
Menurut Siti, sebelum ini dia pernah melihat kesan lebam pada wajah mangsa ketika datang mengaji al-Quran, namun apabila ditanya mangsa memberitahu kecederaan itu akibat terjatuh.
"Arwah sangat baik dan pernah mengikut saya ke masjid berhampiran kawasan perumahan ini jika ada aktiviti keagamaan selain pandai mengaji dan solat sunat.
"Sepanjang mengenalinya, arwah memang takut dengan bapanya yang dipanggil Baba. Arwah akan segera pulang ke rumah apabila dipanggil," katanya.

Kanak kanak seumur 9 tahun seperti adik Aina Nabihah, apa je kesalahan kalau mereka lakukan, paling tidak pun, tumpahkan air, pecahkan pinggan, apa je kesalahan sampai dipukul begitu teruk. Tetapi kasih seorang anak terhadap ayah, dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa bahawa dia didera malah tidak juga kepada ibu kandungnya sendiri.

This world is becoming really creepy and crazy.. Mungkin ada lagi kanak-kanak diluar sana yang didera seperti  Aina Nabihah. Kau lindungilah mereka Ya Allah. My deepest condolences to Vasanthapiriya's and Aina nabihah's family.

Mental torture kills
Physical Torture kills
Bullying Kills
Need to stop.

Thankyou, #Justice

You Might Also Like

1 comments

  1. allahuakhbar kisah adik kecil ni.. insyallah syurga buatnyaa T.T

    ReplyDelete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.