UNBOXING PARCEL SGSHOP PART 1

July 28, 2017


Hai and assalamualaikum.

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya ia entry yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Sebulan telah pun berlalu. Last aku join sgshop giveaway pada 18 June kalau tak silap. Banyak jugak sebenarnya aku join, tapi yang pick up random number tu aku memang tak bernasib. Kalau yang suruh buat entry lawa ke, memang aku power. 

so aku menang RM300 credit sgshop. Credit pertama yang aku terima daripada sgshop adalah sebanyak RM200, lagi RM100 masih lagi on the way. Sebabkan terlalu happy nak bershopping, so aku pun apa lagi terus lah bershopping apa aku nak. 

Barang yang aku betul-betul nak, adalah barang stationery, sejenis keperluan juga. Lain kata stock universiti. (Oh! jangan lupa doakan aku ye, khamis ni 3hb ogos, result upu keluar, nervousnya!) Ummi abah dah tak payah belikan keperluan ni. Ramai yang tanya, "kenapa kau tak beli baju or kasut?" First adalah size, evem ada lah kot size besar, tapi taknak lah. Kalau sampai-sampai tiba tak muat, aku menyesal. Sedangkan beli online igshop Malaysia pun sampai-sampai tak muat, rasa tak puas hati. Kasut pun sama. 

Pada 27hb July, ada nombor masuk bagitahu my item is on delivery on 8:45am. Excited gila! hari yang ke 22 baru sampai parcel aku. Tunggu punya tunggu, ninja van tak lalu pun. Aku pun give untuk terus menunggu. seperti menunggu jodoh yang belum jatuh dari langit. Tepat pukul 3:00pm, someone is calling me, 

"hello ni amira ke, saya daripada lazada nak hantar barang. dah ada depan rumah" hah? lazada? tak ninja pun, datang pakai kereta Wira je pun. 

First parcel aku, dengan first payment sebanyak RM108.98 dan second payment for shipping RM38.98 dengan diikuti beberapa problematic order 5 barang semua refund, maka semua sekali ada 17 item stationery dari SGSHOP. 




Ini yang aku terima, sampaikan ayah aku nak peluk pun macam tak cukup tangan, "barang apa ni kak, mana dapat duit?", "banyaknya beli", "cepatlah bukak". Abah pulak idok sabor sabornya. Actually aku tunggu angah balik, sebab ada barang dia jugak. Nasib baik dia balik awal. Mati aku nak tunggu lama lama. Dah lah tak tahan tengok benda ni besor gilooo. sebelum aku tunjuk barangnya, keseluruhan barang in a good condition. Memang puas hati. Material and kualiti memang bagus. Beli pen also berdakwat. 


Lets unboxing!


Pink Purse by Maisire. Memang purse ni besar gila! Ruangan banyak, memang muat nak sorok dua handphone dalam ni. Memang berbaloi. aku memang belum ada lagi purse macam ni, senang nak bawak kat mana mana and janji boleh sumbat phone dalamnya. Harga RM6.78. around RM6 lah sennya aku tak ingat.


Hardcover notebook. Material memang tiptop. Cover depan daripada kain, aku tak tahu la kain apa, tapi memang lawa sangat. Harga berbeza mengikut size. Dan paper dia ada 3 jenis which is blank page, garisan and small grid. Memang berbaloi, sebab page dia banyak and tebal. size besar 32-k RM8.15 dan size kecik tu RM6.78. berbaloi kan, murah tapi buku tu kita dapat dengan kondisinya sepatutnya jauh lebih mahal. 


Memang sikap aku dari tadika memang suka colour. Even kaler pensel aku, ada 3 kotak. Bukan nya budak seni pun, bukan nya nak melukis dan mewarna ke apa. Sebab aku minat dan aku kumpul. Aku budak account mana main warna warna. Sekali lagi, aku minat. Even orang tengok, "apalah function kau beli benda ni" dah minat. tak boleh nak kata apa lah kan. Lagipun bukan senang nak dapatkan di malaysia. Colour pen by monami okay! Monami dekat popular, Sekotak gini RM32/RM38 something babe. Di sgshop, aku boleh dapatkan dengan harga RM15.00 dengan 24 colour. Mana nak dapat ni kalau kat malaysia. Kalau 36 pun murah. 


Leather bag of pencil box. Cute kan! Untuk adik-adikku. Pink untuk angah, and biru untuk adik. Actually biru tu aku punya, tapi macam kesian aku tak belikan apa-apa untuk adik, so aku bagilah pencil box ni. Harga RM6.10 each. Aku beli ni sebab sebelum aku shopping di sgshop, macam biasalah tak lain tak bukan aku mesti singgah kedai smart nak tengok barang baru yang diorang jual. Ada lah pencil box macam ni, bila tengok harga memang cekik darah cekik usus cekik hempedu, harga melampau, RM30. Banyak untung kan. Memang puas hati dapat dengan harga murah. 


Colour pen by peaceful sky. Ada 10 batang dengan harga RM10.27. 5 batang bagi angah, 5 batang bagi adik. Mata pen memang tajam, bila menulis memang smooth asfak, hope you guys boleh merasa ni. hahahahaha


Sticky note marble texture RM1.03 each. Comel. 


Sticker. Ada yang harga RM2.33 and RM3.22. Macam kelakar kan beli sticker. macam budak budak. Tapi okaylah, tak menyesal sebab sticker ni memang comel. ada emoticon. Actually aku ada beli emoji whatapps sticker. Tapi sebabkan dia perlu beli 10 ke atas baru sgshop pergi ambil dekat seller. So aku refund. Rugi betul. Kalau tak, dah ada sticker emoji. 


Another pencil box. Emoji tak dapat, pencil box emoji nasib dapat. Yang banyak emoji tu aku punya, yang plain yellow cousin aku. Untuk cousin sebagai hadiah sebab dapat pointer 3.84 dalam stpm. Nak tahu tak? Aku ada masuk kedai buku, kedai buku yang seua novel and buku cerita, apa entah nama, Border kot namanya. Sekali ternampak this pencil box. Belek lah harga sikit, perghhhhh! RM 19 something. Di sgshop aku dapatkan dengan harga RM4.73. nasib baik tak beli dekat Malaysia hahaha


And the last one, hardcover marble notebook. Just for me. Theme blog aku sebelum ni kan black marble, kalau semua perasan lah. Wallpaper phone aku pun black marble. Terjumpa this notebook, haih lawaanyaaa! Depan belakang marble. RM8.22. Kalau dekat malaysia, mesti berbelas belas. Sorry malaysia. hehehe.


Macam mana setakat ni, okay? Terima kasih sudi membaca and teringin nak tengok apa saya beli. Masih ada lagi 2 parcel menanti. And ada 2 barang still di warehouse China, sebab aku dah takde duit nak buat second payment sebab dua dua barang tu, 4000g, mahal gila shipping. kalau ada sesiapa nak sedekahkan duit, silakan, dan sila email amira14197@gmail.com. Hahahaha just kidding but tidak salah membantu, malah mendapat pahala. haha okay bye assalamualaikum.





You Might Also Like

4 comments

  1. Wahhh banyaknya barang, comel comel pulak tu :)))

    Saya pun takut 3/8 ni T.T btw goodluck awak! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi anis, tq for readingg :) goodluck jugak, nervous kann

      Delete
  2. eiii geram nya tgk notebook & sticker tu! also pen monami tu , anis pun sorng budak akaun yg minat kaler2 gak , tapi tu lah mmg kaler tu smua tak pakai time kat skolah, dh jdi tmpt pengumpulan pulak kt rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha you feel me kan, suka betul kaler kaler, pastu tak guna. saja kumpul, at least bila nak pakai nanti, ada lah barangnya. tak perlulah tercari cari ye dok hahaha

      Delete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.