TWO DAYS BEFORE HARI RAYA DAN KISAH SERAM LPT 2

July 01, 2017



Nilai ➝ Ajil (Kuala berang) Terengganu

Hai and assalamualaikum. Dengan kesempatan wifi and data yang laju, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017. wohoo! Its been a week actually, i didnt posted anything. Homai homai.. Miss me or not? Plus, little bit malas nak menaip. Pemalaih betul. So how your's hari raya? Homai miss you guys (my reader) and soo sorry sebab tidak membalas kunjungan or blogwalking back to your blog. I will visit you as soon as possible as i can lah. Hahaha. Penat raya pun belum hilang. So today, i want to share with you guys, my very long journey before hari raya. Lets started and dont ever stop until the last word okay? Goodluck. 

First day before hari raya

My parents decided went back to our hometown pada hari Khamis. and Actually, hari khamis still bersekolah and ummi still mengajor. Tapi alhamdullilah, dapat cuti. Sebab nak elak jem. Sebelum sebelum ni, balik sehari sebelum raya, Ya allah memang jem yang amat. We stucked in jem within 14 hours if im not mistake. Bertolak before subuh, and sampai after berbuka. Wow. Habis senget benget tulang punggung iols. Maka, kali ini kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung lebih awal dari biasa. Tapi....
Kami tak bertolak pada waktu biasa. Usually, Pukul 8pagi dah bertolak. But big no at this time, ummi kene siapkan homework dia, sebab taknak siapkan di kampung. Around 12.30pm baru bertolak. And alhamdullilah, tak jem sangat. Cuma dekat Gombak je jem. Sampai highway Karak pun tak jem. Biasa biasa je. Ahh syukur! Memang perjalanan tu,  tak perlu gopoh gopoh nak cepat sampai. Kita rilek rilek je. 

Tips Perjalanan ke kampung Keluarga saya:



Sesungguhnya, lain orang lain caranya. Betul tak? 
Abah memang tidak akan dan tak pernah dan tak kan drive pada waktu malam. Maksudnya, kami tak akan bertolak pulang ke kampung pada waktu malam. Sangat bahaya! Benda paling aku takut adalah excident. Bukan fobia pernah kene atau tidak. Tapi excident adalah sesuatu perkara yang mengerikan. Ummi cakap, mungkin di Malaysia, Allah swt turunkan bala dan bencana seperti excident. Mungkin. Kita kene percaya semua kerja-Nya. Apa yang terjadi semua atas kehendakNya. Mati atau hidup semua KehendakNya. Betul? So this is a few tips from me: 

1. Jangan bertolak waktu malam

2. Jangan memotong pada hari perayaan atau highway tengah sesak or jem

3. Berhenti or berehat jika mengantuk

4. Pasang ayat-ayat alquran dalam kereta

5. Jangan terlalu bersuka suka atau orang ganu panggil 'GALOK' kerana ini boleh menganggu konsentrasi atau focus pemandu.

6. Banyakkan berzikir semasa memandu

7. Sentiasa memulakan perjalanan dengan Bismillah dan doa doa menaiki kenderaan dan doa semasa perjalanan agar selamat dari bala dan bencana. 

Based on my own teori, excident berlaku kerana empat perkara. Pertama, sikap pemandu itu sendiri. kedua, sikap pemandu lain dan kita tempias sekali. Ketiga, kerosakan pada kenderaan itu sendiri. Keempat, berlaku ke atas kehendaknya. 

Sepanjang perjalanan, perasaan takut itu ada. Takut bila berselisih dengan lori. Nak nak lori balak, lori tangki, lori tan banyak banyak tu. Mashallah lalu sebelah pun rasa macam terhimpit dengan dia. Kan? Kadang-kadang tak mau balik sebab excident. Tapi mati itu bila-bila masa. Masa tidur pun boleh mati. 

LPT 2

Pernah dengar cerita sensasi pasal LPT 2? Sejak adanya laluan lebuhraya LPT 2 ini, macam macam perkara yang berlaku. Yang paling dasyat semuanya berlaku pada waktu malam. Alhamdullilah setakat ini, kami masih selamat semasa lalu di LPT2. Minta minta selamat dan dibawah lindunganNya selalu. Untuk sampai ke kampung Ajil, memang ini lah laluannya. 


Yelah, kawasan hutan. Makhluk ghaib pun makhluk Allah swt. Mungkin tempat yang dibina tu mungkin tempat tinggal mereka. Pakcik pernah bercerita "Semasa pembinaan dijalankan, ramai buruh binaan diganggu and ada yang meninggal. Pihak berkuasa panggil seorang ustaz untuk dibaca baca, maybe."

antara isu yang berlaku di LPT 2 

1. Sesuatu melintas

2. Pekerja binaan maut

3. langsuir bergayut

4. Wanita berjubah putih

5. makhluk menyerupai isteri

aku cuma pernah dengar cerita pasal Makhluk menyerupai isteri. Kerana perkara ini berlaku di R&R Ajil dekat dengan kampung aku. Kisah ini berlaku apabila, sepasang suami isteri berhenti perjalanan mereka di R&R Ajil. Si isteri turun dari kenderaan untuk ke tandas dan setelah selesai si isteri naik semula ke dalam kenderaan. Mereka menyambung perjalanan mereka dan sampai di rumah. Berkali-kali si isteri menelefon, tapi si suami buat tak tahu. Akhirnya, si suami mengangkat panggilan tersebut. "Abang, kat mana? saya tercari cari abang di R&R ni. Dah lama saya tunggu sini" Damnnn it! Bila si suami berpaling ke arah si isteri sebelahnya. Makhluk itu sudah hilang. Errgh! meremang pulak tengah menaip ni. 

 Dah jauh menyimpang ni. Okay, akhirnya kami sampai ke destinasi iaitu Ajil. Sebabkan dah plan and dah berbekalkan makanan untuk berbuka. So kiteorang singgah di masjid untuk berbuka. Memang betul betul sampai waktu berbuka. Alhamdullilah. 

Tiada apa yang menarik untuk hari kedua. Cuma aku kuatkan semangat aku untuk kemas kemas sikit rumah tokwan. Kemas mana yang mampu. 

Sebelum berakhir, sekali lagi aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin 2017. Semoga aidilfitri tahun depan, kita masih merasainya amin. 

You Might Also Like

3 comments

  1. Berhati2 sepanjang pemanduan.
    Tips bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Wow seramnyaaaa.... baru tahu story tentang LPT2 nie lepas baca entri mira.

    Sebab pernah dua kali lalu sini sebab nak ke pulau perhentian dan pulau redang dgn kawan2. tapi, kawan lah yang drive. alhamdulillah sepanjang perjalanan tak ada apa yang berlaku.

    selamat hari raya, Mira =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah. selamat hari raya too!

      Delete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.