GIRLS DAY OUT ON JULY 2017

July 12, 2017

Hai and assalamualaikum. Im back again. 


Actually i am soo tired nak berblogging, but thanks to my mata sebab tak mengantuk and taknak tidur lagi. Tak tahu kenapa mata tiba tiba jadi segar gila! Soo fresh. 

And disebabkan harini i went somewhere with my girls, so why not sharing is caring what im doing today. Not too much. But ada lah benda nak diblogging. 

08 July 2017

Sabrina is typing...

"Syuk, jom ah lepak"
"lepak manoi"
"mana mana jelah, makan makan, hari selasa"
"okay, on!"

11 July 2017 
7.35 AM

Bermonolog, 

"Ahh malasnya nak jemur baju nak kemas dapur, tidur lah kejap"

set jam pukul 9:00 AM, mesti bangun buat semua kerja and mandi bersiap. After a few minutes terlelap, rasa tak sedap hati. Nak jemur baju pun berapa minute, kemas dapur pun berapa minute. 

8:35AM gagahkan diri untuk bangun dan kemas rumah seperti hari-hari biasa. 

10:15AM, done bersiap. 

Nasiblah kali ni shawl tak nakal. Kalau tidak, maunya kena adjust situ sini. Leceh. Boleh buat orang takde mood. 

Sisterhood's Group Whatapps

"Tunggu luar aku otw"

Kebetulan, abah baru balik kerja and tengah tidur. Jam pun dah almost 11:00 AM and sabby on the way. 

"Abah, bah, kakak nak pergi dah ni"
"Pergi mana? kawan dah sampai ke?"
"Dah nak sampai. katanya pergi bangi"
"Jauhnya kak. Dekat dekat sudah lah. Duit cukup ke?"
"Hm cukuplah kot, bawak RM30 je. ke abah nak tpopkan sikit?" sambil gelak, hehehehehe
"Nah RM20, cakap dekat kawan elok-elok bawak kereta". Salam, ambil restu. 

Then, gerak ambil lagi sorang member. Then terus gerak ke Bangi. Aku tak tahu apa apa, kenapa ke bangi. Just follow orang yang drive je. 

Rupa-rupanya, ke Germany-Malaysian Institute (GMI), tolong hantarkan barang Si Sabby hah. Layan kan aje. 

Memang bab "Weh nak makan mana?" sumpah susah! Even tanya dekat family pun, diorang susah nak bagi jawapan. Semua tak tahu nak makan apa. 

But, aku just ikut je mana-mana. 

Barulah diorang decide nak makan dekat ioi Putrajaya. Okay, on! 

So their's plan will be like this, 

"Sampai ioi, kita pergi beli ticket wayang dulu, then baru kita pergi makan. Lepastu solat"

Aku macam biasa, ikut aje. I cant be a planner or pemberi idea hahahaha. Such a boring person right. 

Sampai di kaunter ticket, actually ni first time aku tonton di wayang *dont laugh. I prefer more tonton di rumah berbanding wayang. Selesa dan padu. Jimat! 

Aku pulak tak tahu kalau guna student card boleh dapat diskaun. Mana lah tahu huhuhu. Nak tak nak, kena lah bayaran biasa. Mahal duh!  aku kalau nak tengok movie, download je dekat telegram, Satu movie RM3 1GB cukup lah satu movie or dua movie. Rasa nak menangis duit melayang. 


STUDENT- RM 9.50
BIASA- RM16.50 (mine)

Sedih mulai hilang, sebab dah bayor kan. Duit sentiasa pergi. Ada usaha dia mari. Yedok? Apa-apa pun pergi makan dulu. Aku tak kesah sebenarnya. Mahal tapi sedap. 

Jumpalah satu cafe ni, tak tahu lah cafe apa. Aku suka senangkan diri aku. Order makanan sama dengan orang lain. Apa-apahal senang. Paling murah bagi aku, 

CHICKEN CHOP SIZZILING 1 SET FREE ICED LEMON TEA-RM 15.48


before dapat makanan



after dapat makanan

Not bad right. Nasiblah aku dah makan sikit bihun sebelum berangkat ke Bangi. So perut aku ni tak delah meragam minta diisi je. Makan ini pun dah cukup. Sampai ke malam aku tak makan.

Wayang kami start around 2:10PM. Before 2:10PM, cik bedah, cik kiah, cik jemah, cik sameon dan cik non nak bergambor, berwefie. 

"Weh cari lighting baik punya

Even pakai iphone pun, masih bergantung kepada lighting matahari. Terima kasih Ya Allah! 

Hasilnya, 


before jumpa matahari


selepas jumpa matahari

Sorry, i cant payung banyak-banyak. If you nak tengok banyak gambar lagi, pi tengok instagram aku. Lepastu jangan tengok je, kasi tap dua kali okay. 

Penat do berwefie gitu gini. Tapi hasilnya okaylah. 

After that, 


WAYANG!

aku akan review dekat next post. Okay! 

Sekitar jam 5:05 PM, kami pun gerak balik Nilai. Tiba-tiba, 

Ummi calling you..

"Hello kakak dekat mana ni? bila nak balik?"
"otw nak balik dah ni. atas highway"
"hah highway? dari mana?"

Aduh aku lupa nak bagitahu. Aku bagitahu abah je. Kena lah pandai-pandai cover sikit balik rumah nanti.

"dari ioi putrajaya"
"jauhnya berjalan"

Fuhh, lega. Ummi memang jenis yang suka risau dan fikir bukan-bukan. Sebab sayang anak kan. Aku faham ummi risau. Aku pun tengah risau takut balik lambat. 

Sudden,

"weh jom pergi mamak ,lapar"

Hati mulai risau kembali. 

Jam menunjukkan 6:05 PM. Aku decide nak minum je, taknak makan. Takut makan masa. Pungpangpungpang berborak, jam dah nak 7:00PM. Arghhh! 

"weh dah pukul 7!"

Akhirnya lega dah sampai dekat rumah. Berdebor jugak nak masuk rumah. Takut ummi marah. Tapi ummi senyum macam senyum perli pun ada. Aku tahu ummi risau je tu. Syukur selamat sampai di rumah. 

Jumpa di lain hari pulak ye guys! 

You Might Also Like

3 comments

  1. hehe normal tu hati mak ayah risau.. akak ni dah besar pun still kena report everything.. sesekali jumpa kawan2 normal tu tersasar sket waktu balik =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. diorng takdelah marah ke apa, tapi hati risau bebenor.

      Delete
  2. singgah di sini! suka layout blog ni, sejuk je, follow sini juga

    ReplyDelete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.