AKU SERBA SALAH MELANCONG KE BANDUNG, INDONESIA PART 1

July 07, 2017




Hai and assalamualaikum. Im back after a few days. quiet boring. Cant wait for my parcel. Cant wait for upu's result. And what the hell i am doing right now. While typing this entry, secara amnya, aku buntu untuk memikirkan topik apa yang best untuk pembaca sekalian. 

Kerna, aku menaip semasa aku dalam suasana dan perasaan yang sangat bosan. 

Hasilnya, minda aku itu jadi buntu. 

Aku tidak tahu sih nak ceritakan apa, topik apa, good or bad topik. 

Pokoknya, bila ditaipnya begini, mungkin aku akan kongsikan pengalaman aku ke Bandung, Indonesia

Bulan 5, 2016

Ummi bilang sama aku,

"Kaka, minggu pertama kita akan ke Bandung. Jadi bagitahu cikgu siap siap kalau cikgu ada nak buat kelas"

Lagian, aku lagi pusing. Kerna mood aku itu ada dua ketika berita ini disampaikan. 

Gembira. Tidak suka. 

Dan, aku cuma fikir "Nak pergi atau taknak?"

Kerna apa? Aku mahu jaga hati guru, disamping itu, hati keluarga juga. Dan aku tak mahu ketinggalan pelajaran atau info info dari guru. 

Seminggu sebelum bercuti sekolah,

"Cikgu Zaiton, minggu pertama cikgu buat kelas ke? Sebab saya emmm saya melancong"

Segan jugak ya nak bagitahu cikgu kita nak ke luar negara. Bukan jauh pun. Indonesia je. Tapi yelah, malu. Sebab cikgu terpaksa extend kelas pada minggu kedua sebab, 

"Cikgu zaiton, minggu kedua tu pulak saya balik kampung emm"

Aku serba salah. 

Walhal, cikgu boleh je adjust hari mengikut halangan pelajar ke kelas. Tapi yelah. Kita sorang je problem. Yang lain free. Kesian pelajar lain. 


Walaupun sudah inform dekat cikgu zaiton, hati ini masih gusar nak pergi or taknak. Gembira atau tidak. Itu menjadi pertanyaan sebelum ke Bandung.

Nak atau tidak. Pergi tetap pergi. Tiket sudah dibeli awal sebulan sebelum ke Bandung. Wallah wallah. 

Macam biasa. Aku dari anak anak kecil yang bersekolah. Pergi mana mana sahaja, atau jauh dari rumah. Memang aku akan berbekalkan buku sekolah aku

Hari pertama ke Bandung, Indonesia.

Sebelum aku melanjutkan cerita aku, (maaf gambar semua dalam album, dalam phone tidak dapat dikesan. Maaf jika tidak jelas)

4-5 jam perjalanan sudah membuatkan aku letih. Barangkali sebab aku tidak tidur. Kapal terbang Air Asia asyik bergegor. 

"Umi kenapa kapal ni bergegar?"

"Shhh diam je. Nanti cabin crew dengar."

Mana mungkin bisa tidur lena. Tidur tidur ayam boleh lah. 

Akhirnya, kami sampai di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta International Airport (SHIA) maybe. Memandai saja aku ni. 

gambar album. Selekehnya aku. yela aku taknak pergi pun bandung. Muka pucat gila. Hahaha


Oh ya! Sebelum terlupa. Kami sampai di KLIA 2 dalam pukul 5pagi kerana flight dalam pukul 6 something if im not mistake sebab kami subuh di sana. 

Perjalanan rumah ke KLIA 2 hanya mengambil masa tak sampai setengah jam. Aku bangga. Rumah aku betul betul sempadan sepang. Sempadan Nilai-Sepang. Taman aku disempadan kan dengan bukit. Panjat je bukit untuk ke seberang, terus masuk Sepang. 


Amazing.

Makanya, kami sampai di Jakarta dalam 10 pagi. Without any sarapan. Aku ulang. Belum sarapan. Last sarapan, sekontot roti bersama beberapa teguk air pada pukul 5 pagi. 

Semua telah dikisar sepanjang kami ke departure KLIA 2. Jauh perjalanan tambah pengalaman. Memang jauh diknon. 

Setelah sampai and menunggu tour guide kami, 

"Ummi pergi beli makanan dulu eh, jauh lagi perjalanan nak ke bandung. isi perut dulu"

Hooray!

Disamping berasa bahagia pabila fasal makanan, percaya atau tidak, aku tengah tahan kencing selama 5 jam perjalanan. 

And suprise! Aku dalam keadaan ABC, and sangat sangat kecewa bila tandas tidak mempunyai paip. Ohmai! Menahan rasa kencing masih diteruskan. Goodluck. 


Tour guide sampai, kami pun terus bergerak ke Bandung. Sesi perkenalan pun bermula. 

"Assalamualaikum semuanya. Gimana penerbangannya? Bagus? Nama saya bulan lapan."

Hah? Bulan lapan? Aku tercengang dengan lawaknya. Mahu gelak atau hanya berdiam sahaja. Berteka teki pula dia ini.

"Hahaha, nama saya agus. Agustian. Panggil saja saya agus"

Hm, sejujurnya aku bagitahu ya. Ini rahsia antara kita tau. Aku sudah tertarik sama dia. 

Mukanya mirip Fauzi Nawawi.

Okay stop. Sambung.

Ya allah! Ya ampun! Bayangkan. Seharian hanya dalam kapal and bas. Celik mata belum sampai. Dua kali celik belum sampai. 

Pukul 3, kami pun bersarapan di RnR. Akhirnya, segala perkara yang tidak diingini sudah ku lepaskan.

Lega. 

Malangnya, pictures has been deleted. Makanan best. Lain dari yang lain. Kelainannya, pada Air Avocado Chocolate. Itu sahaja. the end.


Sambung perjalanan. 

5 petang, kami akhirnya berjaya sampai di Toko Tiga, Bandung. Toko=kedai. Sebelum kami turun dari bas. Agus memberikan kami satu pesanan. 

"Selepas dah habis beli, akan ada penjual penjual ikut sekali naik bas. Kami enggak bisa halang. Jika dihalang, mereka akan ikut sehingga di mana bas ini diparkir dan mereka akan menyembur cat. Jadi, jika ibu ibu bapa bapa mahu beli, silakan. Mahu derma juga silakan. Jika enggak mahu, enggak apa apa...."

Kami mengangguk faham. 


Image result for toko tiga jeans


Berlaku kejadian yang lucu semasa sampai disini. 

Turn aku turun bas. Sekali kaki aku macam mana tah, like terus menggelongsor ke jalan tar. Sambil mulut aku "eh cikeketetet

Tak terpijak langsung tangga tu. Syukur tak jatuh. Malu dekat mas mas itu. 

Kami tak beli banyak pun dekat sini. Aku pun beli palazo. I dont like jeans. 

Waktu semakin singkat. Jam menunjukkan 6 petang. Kami terus gerak ke Rumah Moden. 

Jangan gelakkan aku ye 


Wow! Dekat Rumah Moden semua barang mahal-mahal. Aku dapat tertarik dengan satu barang je. Sling bag. Because i dont have one. 


Harga dalam 1 Juta = RM 300+. Inilah bag yang aku ada. Material bagus. Original Kulit. 

First day, aku rate dalam 6 of 10. Minat terhadap shopping semakin merudum. Sebab aku tidak dibenarkan pegang duit dalam usia yang sangat muda (Nineteen) 

And, done for today. Give me a big clap. Aku dah berjaya buat satu entry. Hahaha

Kalau aku rajin, aku sambung part 2. Korang pun kena rajin rajin kan lah diri tu baca blog aku ni. 

Sekian sahaja untuk malam ini. Semoga pengalaman aku ini, buat anda tersenyum mewek, tergeli hati. Anda seorang yang sihat. Bagus! 







You Might Also Like

2 comments

  1. Syoknyaaa dapat jalan-jalan tempat orang...

    ReplyDelete
  2. best nyer amira.
    aida lom dpt jejak indon lagi.
    urusan kerja & urusan anak-anak masih lom dpt dielakkan.
    bandung. ramai member dah gi.
    ada tu kerap gi sampai mcm dah jadik kampung.
    untung lah... :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.