SGSHOP "JOM SHOPPING!" CONTEST

June 03, 2017

klik banner untuk join


Assalamualaikum, hi and selamat petang. Salam ramadhan hari yang ke 8. Semoga semuanya baik-baik belaka. Petang ini syuk sempat menerjah ke blog sis Ayueidris  sebab sis ayue mengadakan contest Jom Shopping Di SGshop. So apa tunggu lagi, terus click dan join. Mungkin kita ada rezeki untuk menang. Mana tahu kan. 

Okay, memandangkan giveaway sebelum ini belum mengumumkan pemenang bertuah memenangi RM100 SGshop, mungkin saya akan tetap dengan barang yang saya nak beli atau ada sedikit perubahan. Keadaan yang membuatkan berlakunya sedikit perubahan iaitu Hari Raya AidilFitri dan Sebelum Memasuki Alam Universiti. 


         SGshop “Jom Shopping!” Contest
Q1: Apakah servis yang ditawarkan oleh SGshop?

Untuk pengetahuan anda (selepas research pasal SGshop sebab baru tahu pasal ni), SGshop adalah satu website yang menjual barang-barang daripada Taobao.com. Selain Alibaba.com, Taobao.com juga merupakan salah satu website terbesar di China. mereka menjual segala macam-macam barangan seperti peralatan dapur, kosmetik, stationery, barang elektronik, perabot, pakaian dan macam-macam lagilah. SGshop ini juga merupakan agen kepada Taobao.com. Antara servis yang ditawarkan di SGshop: 



  • pembelian boleh dilakukan secara internet banking atau topup ke dalam akaun. Contoh kita topup RM300 dalam akaun kita, maka kita boleh gunakannya untuk shopping kurang daripada RM300 dan selebihnya digunakan untuk pembayaran shipping. Lebih banyak kita topup, lebih banyak point kita dapat then kita boleh tukar kepada kredit. 


  • SGshop juga menawarkan empat method penghantaran iaitu Express Air, Economy AirSpecial Air dan Sea Shipment


  • SGshop juga mendedahkan procedure pembelian di SGshop



  • SGshop juga menawarkan service payment method, cost calculator, exchanged and refund dan macam-macam lagi 

Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

1. Stationery




Sebagai seorang yang bergelar student, notebooks, colouring pens with highlight was such an important things. Tujuan saya adalah sama. Jika saya menang giveaway ini, dengan berbekalkan kredit SGshop saya akan gunakan untuk membeli keperluan saya sebelum memasuki universiti. Pengumuman permohonan upu pun dah tak lama lagi. Tinggal lagi sebulan lebih. Banyak lagi keperluan yang perlu dibeli. Jikalau menang, saya boleh menjimatkan sedikit wang tunai terhadap keperluan stationery. Lagipun, stationery seperti MUJI, MILDLINER susah nak dapat di Malaysia


2. Travel bag, luggage and wallet


Disebabkan harga di SGshop sangat murah. So saya ambil peluang juga untuk membeli travel bag, suitcase and wallet. Seriously i dont have any wallet. Pergi mana-mana hanya seluk duit dalam poket je. Sangat sempoi. Just in case, kalau dapat pergi belajar jauh/travel/pulang ke kampung. Saya memang perlukan wallet. Saya lebih suka wallet yang simpel warna pastel tapi lawa dan pengisian dia lengkap. Tak suka yang banyak zip. Paling penting boleh sorok handphone sekali dalam wallet tu. Kalau dekat luar, lawa memang lawa. Harga RM200+. LUGGAGE macam biasa boleh bawak travel/balik kampung. Travel bag special sikit, bukan nak isi apa pun. Tapi saya mahukan telekung dan sejadah dipackkan dalam bag yang sangat lawa dan senang bawak ke mana sahaja. Boleh letak barang-barang perempuan. 


3. Table lamp




Sebelum ni pernah survey table lamp di ikea. Ya allah mahalnya. Lebih daripada yang kita anggarkan. Memang dah lama tercari-cari table lamp yang murah. Since stpm lagi sebab Table lamp rosak. Lepastu rabun terus naik. Ada table lamp lebih selesa dan lebih terang untuk belajar dan membaca. Nak-nak cute betul table lamp ni.

Selain tu, banyak lagi nak beli, takkan semua nak tunjuk kat sini. Tapi apa apa pun, nawaitu memang nak beli ni je. Ni je keperluan yang penting sangat sekarang. Memang perlukan deme sangat sangat. Selain tu, macam stokin, towel, cadar, and luggage or kasut untuk saya sendiri and family. Insyallah. Goodluck for myself and semua. 💓💗
Sebelum saya akhiri entry pada petang ni, sebelum tekan butang PUBLISH, bismillahirahmanirahim. Biar segala apa yang kita buat dimulakan dengan kesenangan dan diakhiri dengan kesenangan. Amin. 
Jom apa tunggu lagi, pakat join. Boleh shopping raya sekali. Rugi tau tak join. Terima kasih 

You Might Also Like

1 comments

  1. Good luck dear. Table lamp tu smart.

    Shad
    https://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/06/sgshop-jom-shopping-contest.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.