PLEASE SAY NO TO BULLYING! #ALFATIHAH ALLAHYARHAM ZULFARHAN

June 17, 2017



Hai and assalamualaikum. Have you heard about this kind of berita? Ofcourse you know right! Hot issues in this month. I am so ramadone. Kenapa manusia sekarang terlalu berani menghukum? Kenapa bertindak tidak mengikut akal tapi mengikut nafsu? Apa hasilnya? Apa gunanya? Akhirnya masalah pun tidak selesai. 

Yang meninggal sudah selesai. Yang hidup perlu menanggung akibat perbuatan mereka sendiri. Tanpa kita sangka, tanpa kita tahu keadaan sekeliling kita, tanpa kita tahu apa yang berlaku, akhirnya hanya kematian yang membawa berita. Dalam bulan ramadhan yang mulia ni, berlaku dua kes kematian akibat dibuli. Sama ada sengaja atau tidak sengaja, jika sudah berlaku kematian. Tetap dan perlu menerima hukuman. 



KES: ZULFARHAN OSMAN ZULKARNAIN



Perbalahan mengenai komputer riba menjadi punca yang membawa kepada kematian kadet laut Zulfarhan Osman Zulkarnain yang diikat, dipukul dan diseterika selama beberapa hari. Kejadian mungkin berlaku sejak 13 Mei yang lalu. Selepas tertuduh mendakwa laptop atau komputer ribanya dicuri. Allahyarham diperlakukan demikian oleh suspek selepas bomoh menyatakan arwah adalah individu yang mencuri komputer riba suspek.

Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berusia 21 tahun itu dikejarkan ke Hospital Serdang pada Khamis dengan 80% daripada badannya penuh kesan lebam dan melecur. Selain itu, menurut sumber Zulfarhan dipukul dan diseksa selama dua hari pada 20 dan 21 Mei dengan tali pinggang, hos getah, seterika dan penyangkut baju oleh rakan seuniversiti beliau.

Image result for diseterika zulfarhan


Image result for diseterika zulfarhan

Kejamnya manusia ini Ya Allah. Binatang pun tidak sekejam ini. 

Seminggu kemudian pada 27 Mei, dua daripada rakannya membawa mangsa ke klinik di Bangi untuk rawatan. Kemudian mereka membawanya ke klinik sekali lagi pada 31 MeiBagaimanapun, mereka tidak pulang ke universiti kerana menyelinap keluar tanpa kebenaran, dan dipercayai bersembunyi di sebuah apartmen di Serdang. Kondisi Zulfarhan bertambah buruk sekitar jam 8 malam pada Khamis dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Serdang.
Beliau meninggal dunia dua jam kemudian pada 1 Jun 2017. Al-Fatihah.

Selepas kejadian, timeline twitter memang penuh dengan kes dan issue buli ni. Kali ni memang teruk sangat. Sebelum sebelum ni memang ada, sampai membawa kematian. Ya allah apa dosa mereka sampai diperlakukan demikian. Kalau betul lah salah, kenapa perlu terus menghukum. Nafsu semata mata. 

So, ada rakyat twitter yang rajin share socmed instagram tertuduh. Iaitu 5 penuntut UPNM tertuduh. Antaranya , @hairiazmal

Bunuh member sendiri

Gambar ini diupload pada 30 MEI  sedangkan Allahyarham Zulfarhan sedang melawan dengan kesakitan.

Lima tertuduh adalah Mohd Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali, didakwa bersubahat. Semua tertuduh yang berusia 21 tahun itu hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin. 

Lima tertuduh, Mohd Akmal, Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin, didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di sini, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

baguslah dapat hukuman gantung sampai mati, biar jadi pengajaran kepada anak muda dan juga yang tua tua ni. Membunuh dibalas dengan bunuh. Karma. Baru balasan didunia, belum azab kubur belum lagi hari kiamat. Mashallah. Baru usia 21 tahun. Setahun tua daripada aku. How come tho? 

Kalau nak cakap pasal aib pembunuh. tak perlu lah ye. Dalam hukum hudud pun sepatutnya perlu dihukum gantung di hadapan khalayak ramai. Supaya beri pengajaran. I cant brain tho! macam mana boleh terdetik nak buat macam tu dekat kawan sendiri. Tikam belakang tu okay lagi. Hahaha talam dua muka tu tahap okay lagi. 

Iron baju, tangan terkene wap iron pun dah rasa sakit. Terkene iron sikit je pun dah kesan merah. Ini pula ditekapnya di badan mangsa. Alfatihah. Supaya mangsa tergolong dalam golongan yang beriman. Tertuduh nak minta maaf pun, mangsa dah meninggal. Jumpa di akhirat. Tercari cari. 

Masyarakat umum perlu memainkan peranan penting kes macam ni. Kes ni selalunya berlaku di hostel atau asrama. Berlaku dalam kalangan pelajar dan para mahasiswa siswi. So warden tu janganlah sorang dua je. Kalau boleh ramaikan lagi, lagi bagus. Buat spotcheck setiap hari setiap waktu. Sama-sama kita hentikan kes buli. 

Persoalannya: 

siapakah pencuri sebenar laptop tu? Dia dah buat seorang meninggal dan 5 orang bakal ke tali gantung. Where are you tho? Tak bersalah ke. 


Tak tangkap bomoh tu sekali ke. Dia pun punca jugak. Entah mana dapat ilham main sebut nama farhan. Punca betul bomoh ni. 



ENTRI SETERUSNYA KES BULI NHAVEEN 

You Might Also Like

7 comments

  1. Zaman sekarang kan . Membe tu . Takkan dia tak kenal perangai arwah macam mana kan ? Nak kata tak sengaja , lagilah membongak . 80% lebih dari separuh kot melecurnya . Padahal belum sahih pon yang arwah tu yang mencuri . Dengar cerita , kes kecurian ni tak terjadi pon sebenarnya , betul ke ? Ke khabar angin je ? Hahaha . Again , i comment paling panjang . Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. kawan sendiri kot. buat aktiviti sama sama. Boleh je dia bincang elok elok. kalau dia kata dia tak curi, taklah. Puncanya selepas dorg pergi jumpa bomoh. tu yang dorang ragging cukup cukup tu

      Delete
  2. University perlu bertanggong jawab

    ReplyDelete
  3. Sumpah sedih gila mengikuti kes ni tauuu... Mana tah perikemanusiaan diorang nih. Mengucap panjang, bergenang air mata. Mohon keadilan sebagai pengakhiran kes ni insyaAllah. Kesian family.

    ReplyDelete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.