JENGKA. BUKAN FILEM SERAM YANG BIASA BIASA, SEKALI TENGOK SEMINGGU TAK BOLEH TIDUR MALAM!

June 20, 2017


Image result for jengka movie

Hai and assalamualaikum. Salam lagi 4 hari nak raya. Tak sabar kan? Aku pun tak sabar. Setiap hari duduk menghitung. #sebulansepertiseminggu yedok? Kali ni nak review pasal Jengka. Aku tak tahu lah berapa ramai yang belum tengok. Tapi awal-awal aku nak pesan, mana yang ada penyakit darah tinggi, sakit jantung, kencing manis janganlah tengok. Ibu mengandung, yang selalu kene sampuk yang tak berani janganlah tengok. Sebab ini bukan filem rekaan semata-mata, ia berdasarkan KISAH BENAR!

Masa awal-awal movie ni keluar, tak ada lah rasa nak tengok. Tengok cover depan pun macam bosan kan. So sebelum puasa, keluar movie ni dekat channel 134. Masa tu tengah sibuk sibuk pasang wallpaper dalam bilik Angah. Umi dengan adik yang tengok cerita ni. Mula tu malas lah nak tengok. Dah alang-alang asyik lalu depan tv nak ke dapur, terlekat pula kita depan tv. Seram guys seram!

Cerita realiti, dibandingkan dua keadaan realiti dan lakonan semula. Memang dasyat. Penampakan makhluk dalam camera tu memang dasyat. Sampai terbersalin perempuan tu. Kalau nak tengok, tengok ramai ramai. Malam tidur sorang, aku tak tahu, ayok! Memang seriau betul. meremang. satu rumah tak boleh tidur malam tu sebab tengok Jengka. 

You Might Also Like

1 comments

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.