DIY GRID NOTEBOOK FOR PLANNER, MINI DIARY, NOTES AND JURNAL

June 16, 2017


Hai and assalamualaikum. Salam Ramadhan ke 21. Cepat je kan masa berlalu. Tinggal lagi seminggu sebelum raya and 10 malam terakhir mencari lailatulqadar. Semoga kita sama sama tingkatkan amalan dalam 10 malam terakhir ini. 

Alkisahnya bermula bila kami (brosishood) buat satu games or giveaway lah lebih kurang macam tu sempena Friendship's day yang akan tiba bulan July nanti. So terhasil lah satu idea untuk bagi kepada receiver aku (secret). Receiver aku tak tahu siapa giver dia tau. Homemade and Handmade by me. 


Bahan:
Kertas 100gsm (yang keras sikit), Benang (ikutlah colour apa yang awak suka), Gunting, Jarum, Pen (dry bold/ 0.5)


Cara-cara

1. Ambil a few paper tak kesah lah berapa pun. Tapi saya pakai 9 paper termasuk muka depan notebook. Awak lipat lipat tapi jangan terlalu lipat sangat. Lipat bagi lengkung sikit, pastu selit selit dia jadi macam satu buku. Lipat 8 helai je dulu tau. 



2. Lagi sehelai kertas. kita buat cover dia. Buat kotak segi empat sama iaitu 1.1cm tau. 




3. Lepas dah siap baru lah lipat and selit bersama kertas-kertas tadi. Baru lah kita ke part menjahit. Cucuk je pakai jarum tu tekan tekan kasi dia berlubang. 

Saya pilih benang hitam

dari dalam buku

dari luar buku

4. Dah siap jahit. So buku kita pun dah siap. Then baru lah dia tambah design ke apa ke. Its up to you. Jimat dah duit hahaha.



Tadaaaa! Handmade by syukrina 😂

You Might Also Like

6 comments

  1. bagi qbal lah. nak study math bab graf fungsi senang aje nanti guna benda ni. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Kreatif awak ni. nampak senang je.. nanit nak try la

    http://fws00blog.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. try je. kalau pandai buat abstrak lain, buat abstrak lain hehe

      Delete
  3. bagusnya awak, sy suka buat kalendar DIY camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha wahh pandai buat kalendar. kalendar saya belum pernah buat . tak pandai

      Delete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.