CYBERBULLYING DAH BELAMBAK LAMBAK DI SOCMED

June 21, 2017



Hai and assalamualaikum. Selamat pagi dan salam ramadhan #26. Ada lagi 3 hari sebelum berakhirnya ramadhan. Allahu cepatnya. Tak boleh move on lagi dengan masa yang berlalu sangat sangat lah cepat. Harini tetibe rasa nak mengulas sikit apa cyberbullying ni sebab ramai terjebak dalam benda ni tanpa disedari tau. Sama ada sengaja atau tidak sengaja. Mak pak pun kadang terjebak. "Kadang" ye. Tak semua. Nak tengok cyberbullying ni, tak payah pergi jauh jauh. Tengok dalam twitter je, penuh timeline dok cyberbullying. 

Pengertian Cyberbullying

Cyber berkenaan dengan teknologi, dan bullying is buli. Dipermudahkan, membuli seseorang dengan menggunakan kecanggihan teknologi. Got it? Cyberbullying adalah kejadian apabila seseorang diejek, dihina, dimenganjing, dan dipermainkan serta dipermalukan dalam media social (socmed). 

Cyberbullying dianggap valid apabila si pelaku berada dibawah umur 18 tahun dan secara umum belum masuk dalam kategori dewasa. Manakala, si pelaku yang melebihi had umur 18 tahun ke atas, maka ia dipanggil cyber crime  or cyber stalking dan cyber harassment. 


Dibuli dalam bentuk yang macam mana?

Cyberbullying dilakukan dalam bentuk penyeksaan minda dan perasaan. Tanpa menyakitkan tubuh badan dan fizikal. Tetapi, jika seseorang yang dibuli menyimpan perasaan dendam dan sebagainya, tidak mustahil boleh berlaku jenayah lain. Kan? Antara cyberbullying, contoh lah eh, takde kene mengena dengan sape-sape. Seperti screenshot aktiviti pelaku di media sosial dan menyebarkan foto foto tersebut sehingga membawa fitnah, mengedit foto-foto supaya kelihatan hodoh dan cacat sangat (dato seri najib selalu kena) dan lain-lain. 

Kenapa boleh berlakunya cyberbullying?

Okay paling ketara and memang boleh dikatakan trending lah benda ni. Dekat twitter, selalunya mereka akan meraihkan (mengutamakan) RETWEET yang banyak. So nanti follower bertambah dan jadi kaya lah kot. Post gambar orang banyak banyak lepastu buat ayat pedas pedas then post. 

Lagi satu, berkaitan dengan perasaan. Walhal kita tak pernah jumpa pun dia, tak pernah berkawan, follow dia di socmed pun tak. Tapi sebabkan sifat dengki mendengki tu terlalu extreme, jadi dia pun membuat lemparan kata-kata yang macam-macam sambil menyebarkan foto foto orang tu. Awak tahu tak ini boleh dikategorikan penyebaran fitnah beramai ramai. Cuba bayangkan eh, one retweet one dosa fitnah, kalau sehari beribu retweet berapa banyak point dosa fitnah kau dah kumpul. Wallhualam

Macam mana nak hapuskan? susah. susah. susah. Susah kita nak ubah semua orang. Tapi semua orang boleh ubah diri mereka sendiri. Control yourself la. kan. Nak buat macam mana, orang melayu memang sifatnya suka condemn orang. Kalau boleh kita elak-elakkan lah. 


Sejak akhir-akhir ni, pasal syafiqahaina dan hafiz mahamad trending di twitter hahahaha! Sebab hafiz mahamad hadiahkan kereta Honda dekat syafiqahaina. Well aku pun jahat. Cuma aku cakap sekali je. Nak menyedapkan hati "ala bulan bulan syafiqah aina jugak yang bayar" hahahaha! Punya la jahat. Orang bercakap la sebab belum kahwin tapi dah beli benda mahal mahal dengan awek. Aku pun tak berapa suka. Tapi hal orang kan. Depa punya suka lah. Tak mintak duit kita pun. 

Lepas syafiqahaina dan hafiz mahamad, Cik Epal dan suaminya, Jofliam. So sweet! Ni aku sokong 3000%, sebab diorang dah kawin. And his wife deserve to get it. Sebab dah berumah tangga, semua rezeki berkongsi dan sama-sama rasa. 💕

Masa kes zulfarhan lagi lah, tak berhenti henti dekat twitter tu. Laju je timeline aku. Ada juga bahan nak dibaca. Lawak lawak pun ade gais hahahaha




You Might Also Like

3 comments

  1. Tula kat twitter tu buat apa pun orang condem. Bagi saya biarla diorang nak buat suka hati yang orang lain nak panas kenapa kan? Even kekadang saya rasa camtu hahahaha. Bagus post macam ni. *thumbs up*

    ReplyDelete
  2. Thank you for writing about "Pengertian Cyberbullying"

    And selamat hari raya.

    ReplyDelete
  3. They need to stop hurting someone's feelings. Critique is good but there's a point where it can turn into cyberbullying. So just shut the mouth up! hoho.

    ReplyDelete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.