CEPATNYA MASA BERLALU

June 20, 2017


Hai and assalamualaikumm 😊 Salam Ramadhan ke 24. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Sebulan seperti seminggu. Berlalu dengan sangat cepat tanpa kita sedari. Tarbiah diri dan sentiasa istiqamah selalu. Semoga hari hari berlalu dengan sedikit sebanyak peningkatan dan kemajuan diri. Masih dalam minggu malam terakhir ramadhan dan masih ada peluang untuk tingkatkan amalan. Aku pun tergapai-gapai lagi nak buat solat tahajud. Susah bebenor. Pemalas betul. Tapi mengaji jangan pernah skip. Sebab umi pernah pesan,


"Kadang kita solat lima waktu, kita belum tentu tahu Allah swt terima atau tidak solat kita, sempurna atau tidak solat kita. Itu semua kerja Allah swt untuk menilai. Tapi mengaji akan tolong kita sampai bila-bila. Al-quran juga lah akan 'backup' kita dalam kubur apabila tiba waktunya kita diazab dalam alam barzakh"

Lagi beberapa hari nak raya. Tak sabarnya! Tahun lepas tak ambil pun gambar family, semua sebok sebok nak pergi situ lah sini lah. No cameraman. tahun ni tak kira lah. Kena cari spot lawa ambil gambar family. 💕




You Might Also Like

1 comments

  1. Memang betul apa yang sis perkatakan, Al-Quran lah yang akan menjadi penyelamat kita di akhirat nanti.. Semoga kita sentiasa beristiqamah untuk terus membaca Al-Quran.. Salam Ramadhan sis.. =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.