Hi and assalamualaikum semua. Hari ni tergerak hati nak buat entry pasal aurat memandangkan perempuan sekarang lebih pentingkan fashion berbanding aurat. So far, memang dah banyak gila jenis macam ni dekat instagram. Dari atas kepala sampai la ke hujung kaki, memang aurat lari dari hukum. Fashion tudung sekarang, boleh lilit-lilit je kan, lepastu suka hati tak pin, nampak segala leher cuping telinga lah kan. Why? Banyak berbalik semula ke arah zaman Jahiliah. Betul lah sejawaran kata "sejarah mungkin berulang". Lebih penting lawa di mata manusia. Ingat ye! Lawa di dunia sahaja. Dunia ni pinjaman semata-mata dan sementara. Di atas memerhati kita. Ingat ye! Maaf, mungkin tajuk entry ini boleh mengecilkan hati sesiapa, mungkin ada yang anggap saya hanya menyindir. Its okay. But amiklah yang good side tau. Stay positive! 

Antara sudut pemakaian yang boleh menjejaskan aurat 



1. skaf/anak tudung
  • Memakai anak tudung terlalu ke belakang sangat sehingga saja-saja nak nampak jendul. 
2. Tudung
  • tudung yang terlalu singkat. Sometimes, some of my friends be like "ala labuhnya tudung aku" whet??
  • Tudung melilit melengkar di leher sahaja
  • tudung simpang simpang
  • tudung tak pin, hanya lipat-lipat. ootd konon
3. Pakaian
  • pakaian ketat dan jarang
  • yang terbaru zaman ni, baju masuk dalam seluar/palazo
  • baju pendek kemetot baju adik 2tahun
4. Seluar 
  • seluar yang ketat. sampai lemas peha awak tu. 
  • seluar yang menampakkan bentuk "fuh perempuan"
  • seluar yang senteng



Antara aurat wanita yang dilupakan



1. Bulu kening

Menurut Imam Bukhari:
 "Rasullulah saw melaknatkan perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atay meminta supaya dicukurkan bulu kening"

Pesen sekarang nak menebalkan bulu kening/membentuk bulu kening. 

2. Kaki/ Tumit kaki
"Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan atau mengangkatnya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan"

- menampakkan kaki
-menghayunkan kaki atau melenggokan badan mengikut hentakan kaki ( masa sekolah ramai lah macam ni )

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina" (Riwayat Nasa'i, Ibn Khuzaimah dan Hibban) 
Based on my expriences lah kan, bila ade seorang wanita lalu depan aku dengan wangian dia mashallah kuat bebenor, confirm-confirm aku pandang. Kalau aku yang perempuan ni pandang dia sehingga hilang bau tu, apatah lagi kaum lelaki. Boleh nak pakai, asalkan tidak berbau kuat sangat. Sekadar terasa wangi dan segar. Maksudnya kau sorang je boleh bau. 

4. Dada
"Hendaklah mereka ( perempuan ) melabuhkan kai tudung sehingga menutupi dada-dada mereka"
( Surau An-Nur: 31)
Jangan menyalahkan lelaki kalau dia pandang awak ok. Sebab awak sendiri yang pakai untuk dipandang

5. Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan gigi." ( Riwayat At-Thabrin )

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah swt" ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Setahu saya, apa yang umi dan ustazah bagitahu di sekolah. Braces hukum dia boleh jadi dua keadaan. Harus apabila tujuannya untuk kesihatan. Bila gigi awak memang dah betul-betul teruk. Haram apabila tujuannya untuk menjadi cantik. Dan itu menjadi trend sekarang. Kalau dulu nampak orang pakai braces mesti dalam kepala ni bermonolog "mesti gigi dia rosak". Most of them, sanggup beli fake braces sebab nak mengikuti trend masa kini. Itu dah boleh merubah ciptaan Allah swt. Yela, lepas bertahun pakai braces, bentuk muka pun dah lain, dan paling best dah lawa. Wallahualam

6. Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu ( perempuan ) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu
-Bersolek ( makeup )
- Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah. 

7. Muka dan tangan 
"Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah saw: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja"

8. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"
( Riwayat At-Thabrani dan Baihaqi )

9. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya" 
( Surah An-Nur: 31 )

10. Mulut/suara
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik"
( Surah Al-Ahzab: 32 )

11. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)"

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kemaluannya ( tidak berzina ) dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang dikehendaki"

12. Pakaian
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi bertelanjang ( berpakaian ketat ) yang cenderung pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya"
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

- berpakaian tipis dan jarang
- berpakaian ketat atau mengikut bentuk badan
- berpakaian terbelah atau membuka bahagian-bahagian tertentu

13. Rambut
" Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka ketika itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya"
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Peringatan untuk diri sendiri dan kaum perempuan di luar sana yang mungkin sudah lupa tentang aurat. Sesungguhnya aurat perempuan lebih banyak daripada aurat lelaki. Lihat diri kita semula, bagaimanakah tanggungjawab terhadap diri kita sendiri. Check semula aurat di atas. Dan perbaiki semula. 

Renung-renungkanlah dan selamat beramal