Pengalaman STPM vs Result STPM

May 01, 2017



Assalamualaikum semua, fikir punya fikir entry apa yang best nak publish harini, memandangkan esok 2MEI 2017, merupakan tarikh permulaan ADIK AKU (KLIK THIS LINK TO FOLLOW HER) melangkah ke tingkatan 6 bagi pendaftaran. so datanglah idea untuk aku buat entry ni. Mungkin pengalaman aku, boleh menjadikan ikhtibar atau semangat bagi adik-adik yang bakal meneruskan kejayaan di Stpm. Jangan main-main, Stpm merupakan peperiksaan paling tersusah di Asia. Hah! so korang kira bertuah kalau masuk Stpm, apetah lagi memberi nama untuk exam ni.

16 April 2015, hari yang aku tunggu tunggu selepas tarikh matrik dan aku tak dapat tawaran tu. Sebab? Aku dapat 3A dalam SPM, sains subjek semua tak kredit but not fail. so thats one of the reason lah aku tersingkir. aku pun bermonolog "takpelah masuk stpm pun okay juga". Maka, tibalah hari yang dinantikan, pukul 6.00AM. Dengan mata yang tersepet-sepet, aku capai handfone kecilku, samsung j1, masuk laman web MPM then check! Alhamdullilah, aku dapat tawaran subjek kemanusiaan(yela subjek sains pun tak lepas kan). kalau tak dapat kene mohon, kene pergi PPD. Sampailah pada tarikh 5 MEI 2015. Aku pun daftar stpm. Ade jugak kawan-kawan dari sekolah yang sama masuk form 6. Memang majoriti dari sekolah aku. So takdelah segan segan sangat. Classmates pun ada. Start daripada haritulah........aku mula berazam.........untuk memperbaiki keputusan aku.......demi umi abah.....keluarga.........diri sendiri.

 Habis je orientasi, kami diberi pilihan untuk pilih kelas. Kelas pertama ATHENS (kelas sains) - subjek math, chemist, physic, biology and pengajian am. Physic and biology (Pilih salah satu). Kelas kedua BRISTOL. Ni lah kelas aku, subjek pengajian am, sejarah, perakaunan and ekonomi. Guess what? aku tak pernah amik subjek account and ekonomi, even i have no basic at all! BERANI MATI! Kelas ketiga, CAIRO, subjek pengajian am, sejarah, bahasa melayu and pengajian perniagaan, dan kelas keempat DUBAI, subjek-pengajian am, sejarah, seni, bahasa melayu. So aku end up my life dengan pilih account ekonomi class. Giler tak giler!

Tapi......start je belajar, rupanya account memang susah giler, pengajian am pun susah. Kau bayangkan, takpernah belajar basic account, tiba-tiba terus belajar silibus like degree? Puas cikgu terangkan depan, tapi aku sambil lewa sebab bila dah susah kau akan rasa malas. (Perangai aku). tapi korang jangan buat macam ni, lebih susah lebih banyak kene belajar. Aku tak tahu lah nak describe macam mana perasaan susah banget tu, sampaikan kat rumah pun aku tak belajar. Ekonomi, mula-mula aku tak paham, then tetibe tergerak hati nak fahamm sikit, alhamdullilah fahamlah jugak. Pengajian Am lagi giler, aku tak minat langsung wei. Dah lah esei dia, bebetul jawapan ikut skema. Rasa nak fedup bila esei semua salah. Tapi serius talk, secara jujurnya, aku tak rajin masa sem 1 ni. Habis je sem 1, terus exam...... Maka, Februari 2016 semasa sem 2, result sem 1 keluar.


Hambek kau!
"Orang yang pemalas dapatlah hasil malasnya" Sampai ade dua F, 0.00. jangan jadi macam ni adik-adik, nampak tak akibat bila kita tak minat sesuatu subjek ditambahnya bila tak minat taknak belajar pulak tu. Maka hasilnya, 0.00 zero kosong kosong! Sejarah dengan ekonomi, sebabkan sejarah membaca, boleh lah sikit sikit. Tapi dapatlah result sikit-sikit. Ekonomi, sebab dah faham-faham. Boleh lah mencecah 3.00. So apa kesimpulan kita boleh dapat? Kalau takde minat, kita cuba cari minat tu, macam pelbagaikan cara belajar, tanya tanya cikgu, dari situ pun boleh timbul minat. Bila dah minat kita akan jadi rajin, betul tak? Bila dah rajin ofcourse kita rasa nak belajar belajar and belajar lagi. Lepastu, kalau dah belajar, sudah tentu lebih faham. Bila dah faham ditambah dengan rajin dan belajar, Resultnya pun menggempakkan! 

 Minat > Rajin > Belajar > Faham > Berjaya

Bila dah tengok result macam sampah, rasa putus asa tu takde, sebab memang nak teruskan belajar di tingkatan 6. Bila umi abah tengok result, diorang dah risau, yela ibu bapa mana yang tak risau, dah lah stpm lagi. Sampai umi abah tanya, "Boleh teruskan lagi ke kak? ke nak tukar ke kolej?" ill be like "COLLEGE? NOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!". Aku just jawab "takpe boleh boleh". Masuk je penggal 2 (bulan 1 2016 - bulan 5 2016) hanya 4 bulan setengah nak belajar, untuk habiskan semua bab semua silibus, ditambahnya MUET. Ditambahnya lagi kerja kursus pengajian Am dan Sejarah. semua sekali dengan hanya 4 bulan setengah. Buat KK lagi, nak study lagi. Masatu aku dah berubah sikit, sikit je. Rajin-rajinkan buat account, account penggal 2 mudah difahami berbanding sem 1. Silibus sem 2 takde dalam sem 1, silibus sem 1 takde dalam silibus sem 2. Tapi usaha tu masih lagi sikit. Sampailah hari peperiksaan, dan result keluar. Apa yang aku dapat setelah berubah sedikit? 





Terkejut? Nak nangis? haaa! btw, jangan risau mulai batch aku, penggal 1 dan penggal 2 boleh repeat but no more for penggal 3. Kau rasa? Risau gila dengan dapat dua F lagi. Mashaallah! Kali ni umi abah dah betul-betul risau, aku pun risau dengan diri aku. macam takde harapan lagi dah. Ibarat nyawa-nyawa ikan, hanya tunggu masa. Sedih yang amat satu benda, gembira sikit sebab account dapat c+. Ekonomi sangat stabil hahaha. Ya Allah. Bayangkan. Kalau tak belajar betul betul, habis ke laut ke darat ke loji lah result kau. Masa tu mula nak menyesal amik form 6. sebabkan dah habis separuh jalan, tinggal lagi separuh jalan. Takkan aku nak berundur? takkan aku nak mengalah? tak kan aku dah berhenti sampai sini je? 


Masuk je penggal 3, aku mula dengan azam baru. Perkara pertama yang aku perlu buat, ialah jauhkan diri daripada benda yang tak berfaedah. Macam movie, berborak dalam kelas. Aku dah mula rasa waktu itu sangat rugi kalau berborak dalam kelas. aku macam "takpelah kalini aku tak nak berborak". Kalau takde cikgu tak masuk, aku stay tempat aku, aku belajar account dengan pengajiam am. sebab tu lah subjek aku susah gila nak score. Tambah pulak penggal 3 tak boleh repeat, aku risau juga. Kena siapkan kerja kursus account ekonomi lagi. Memang padat sangat penggal 3. Aku kurangkan bercakap. Waktu belajar aku pun dipanjangkan lagi. contoh petang aku kene tidur sebab aku nak overnight. kalau aku tak tido aku senang mengantuk. lepastu aku jenis susah nak bangun. Jadi waktu belajar aku dari pukul 8 malam sampai 3 pagi. 8jam, masa ni lah aku belajar account tanpa diganggu dengan sesapa. masa ni lah aku baca pengajiam am. Waktu belajar ye bukan buat homework. Tabiat aku ni berjalan dengan lancar, sampai lah hari exam. Masa nak masuk dewan exam, memang rasa sedih kalau tak boleh jawab. Aku dah usaha. Bukak je paper, ya allah senangnya. Boleh lah jawab dari termenung je. So result keluar pada hari khamis 2017. Masa ni dah cuti, masa ni jugak nenek aku ada rumah. Seminggu sebelum exam lagi dah nervous. Yela sebab kita usaha. kalau tak usaha kita dah dapat jangka apa hasilnya.

But syukur, hari khamis tu, umi abah dengan tokwan ke johor rumah sedara. Maka tinggallah kami 3 beradik dekat rumah. Ya Allah tangan punyalah sejuk mengigil, gusi ni macam dah bengkak bengkak. Tak rasa nak makan, tak rasa nak mandi, buat apa pun semua tak kene. Sampai jam 12PM, result dah keluar. Hahahahaha weh serious nervous. Check punya check punya tunggu. Sekali, BAMMMMMM! 

Alhamdullilah

Masa ni lah rasa lapar, rasa nak mandi, rasa nak buat kerja. haha. Terus whatapps umi abah. Kalau result teruk memang taknak bagi tahu dah. Umi abah happy pun dah buat kita sebagai anak dah balas jasa mereka. Yela nak bagi duit, takde duit lagi. Alhamdullilah. 


So, korang nak tahu apa terjadi dekat result repeat sem 1 and sem 2? Kalau anda nak tahu, sila cakap NAK! pada comment di bawah. sebab dah letih nak menaip. huhu

bye, assalamualaikum and TQ sudi baca entry ni. agar dapat memberi manfaat dan makanan untuk perasaan jiwa dan rohani. 





You Might Also Like

18 comments

  1. Bagusnya.. tahniah atas usaha Syukrina. Btw, senang je nk jon. just ikut syarat2 tu.. Copy banner tu then post blog syukrina.. boleh rujuk contoh sini http://fazroliqbal.blogspot.my/2017/04/the-amerzing-blogslist-why-i-cant-count.html ..
    Selamat maju jaya ye.. Insya Allah kalau kita usaha.. akan ada hasilnya .

    ReplyDelete
  2. Aminnn.. nampak peningkatannya tuu.. so tak sia2 struggle n usaha kan.. keep it up.. failures is your best friend for success ;)

    ReplyDelete
  3. waaaaa sambung mana lepas ni??? :D
    http://khaidirkhaizuki.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. First choice unimas. Tapi tak tahu lah dapat ke tak. hhehe

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. im so proud of youuu! seronok sangat baca.tahniah sis ^^

    http://sayesyadiya.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. wahhh.. syukur alhamdulillah.. sy mmg support budak2 STPM haha sbb sy dulu pun ambik STPM juga haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriuslahh? woww geng! memang support stpm pun. lagi lagi kalau junior nak masuk. memang dialualukan

      Delete
  6. nak tau! full result sekali bcoz kita sama. hi geng STPM! ^^

    ReplyDelete
  7. gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Itu yg Qbal pegang dah nak dekat SPM ni. Tapi usaha tu mestiada kan? takkan nak redho aje. Tahniah Syuk!!

    Samalah jugak dgn Qbal masa ujian pertama dulu ada dua subjek gagal. Tapi Mid year dah meningkat banyak. Semua kena usaha, solat tu penting, dan tawakal. My Tcer always said that to me.😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. But the way, dari hari tu nak tanya. mana Syuk dapat picture2 yg cantik jadi cover post tu?

      Delete
    2. ha.ahh. Tapi syuk masa spm sumpah main main tak belajar langsung. dah lah amik bio fizik chemist. Tak minat pun. So study betul betul, terus dip. Tapi nak amik stpm pun no hal hahahaha

      Delete
  8. Nak tahuu. I need motivation :')

    ReplyDelete
  9. NAK!!! Tolong share you really inspire me. Tolong share ulangan p1 dan p2. Baru baru ni result saya keluar and I have 2 fails. Kecewa rasa nak nangis. Can you share?

    ReplyDelete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.