Paper repeat vs result keseluruhan stpm

May 02, 2017



Assalamualikum semua, and selamat malam. So aku nak sambung apa yang berlaku selepas dapat keputusan penggal 3. Lets start shall we?

Memandangkan result penggal 1 and 2, ade yang teruk. So aku pun ambillah repeat paper. penggal 1 aku repeat pengajian am, sejarah and account, penggal 2 pun sama. Masa penggal 3 lah, aku struggle semua. Kau dah la tengah nak get ready untuk exam penggal 3, but at the same time kau kene belajar paper repeat. Paper repeat ada 6 paper tambah dengan paper penggal 3 semua sekali, 10 paper. 10 paper kau kene balun dalam masa beberapa bulan. Tapi sebenarnya tak susah mana, kau cuma kene revise balik apa yang dah belajar. Lepastu dapatlah jadual exam. Memang stress! minggu pertama dah start exam penggal 3, lepastu minggu kedua terus start dengan paper repeat sampai lah minggu ke 3 & 4. Straight gais. Memang menyesalnya tak belajar betul betul.

Tapi nak buat macam, masih ada peluang untuk perbaiki masa depan. Usaha pun kene lebih banyak dan banyak lagi. Lepas je exam, alhamdullilah semua boleh jawab. Hanya BOLEH JAWAB. Semua orang boleh jawab kan? Betul salah tu kita tak tahu. Tawakal and doa jelah. Keputusan repeat keluar selepas penggal 3. Dalam bulan feb rasanya. Lepas keluar result repeat, so kita dah dapat andaikan kita dapat result yang rupa nya macam mana. Repeat ni lah pelengkap tanda tanya dan keputusan akhir kita dapat agak berapa dapat pointer.




Pengajian am masa penggal 1 dapat F 0.00 terus naik jadi B 3.00
Sejarah dapat C- 1.67, DAH REPEAT dapatlah B 3.00
Account dari F 0.00 , JADI C 2.00





Penggal 2 repeat paper, boleh dikatan teruk jugak lah hmmm. Aku tak faham kenapa susah sangat nak score sejarah 2. Aku takleh terima giler aku dapat F. Padahal soalan tu aku dah buat 3. Sabar jelahh. Pengajian Am dari F naik ke C, alhamdullilah. Paling tak dijangka dijangka tak sangka sangka, account dapat A. Masa tu memang gelak habis habis. "WEH BETUL KE TAK RESULT NI?" hahahaha. alhamdullilah. sentiasa bersyukur ke atas rezekinya. sebab apa? sentiasa bersyukur dan tengok orang bawah kita lagi tidak bernasib baik. Walaupun kita dapat sikit jugak, pandanglah orang yang lebih sikit, Klau asyik tengok orang atas, memang sentiasa tidak cukup dan tidak puas.

Maka, dapatlah result sebenar........


Pengajian AM 3.00
Sejarah 3.00
Ekonomi 3.33
Perakaunan 3.33


Entry ni bukan untuk berlagak. Dari pengalaman seseorang kita boleh ubah diri kita sendiri. Belajar dari mana kita dah mula. Dan berakhirlah dengan jaya dan gembira. TQ for read this entry :)

You Might Also Like

3 comments

  1. hey there ! i would like you to try this out, it's a fun challenge c:

    http://crap-sody.blogspot.my/2017/05/blue-sky-tag-11-of-me.html

    ReplyDelete
  2. Tahniah girls, u did a good job. at least you give yourself opportunity to prove been the best. Please prepared yourself for the big challenges outside there.

    May Allah ease. lots of love Nurrul

    ReplyDelete
  3. Nak tanya, macam mana bahagi masa study sem 3 and 6 paper repeat? Ada jadual tak?

    ReplyDelete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.