KUEW TEOW KUNGFU MY STYLE

May 31, 2017


Hi and assalamualaikum. Memandangkan syukrina sangat rajin memasak malam ni, so syukrina berbesar hati ingin berkongsi resepi kuew teow kungfu bujang ye. Senang je. KTK is the one of my favourite food. Kalau pergi makan dekat luar, di restaurant tomyam atau mana mana restaurant, memang tidak lain tidak bukan, order KTK sahaja. No nasi! with air suam. So resepi ini sangatlah bermanfaat untuk sesiapa pencinta KTK. 

Tiba-tiba rasa nak try masak. First try tau malam ni. Padahal baru je lepas makan berbuka. First try pun dah rasa sedap and not bad.  Ok, jom start. Mesti you all tak sabar-sabar kan. 

Inilah hasil masakan malam ini


Bahan A:
Telur (Tak kisah berapa biji)
Kuew teow (Satu paket pun dah banyak)

Bahan B:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 ulas cili jarum
Ayam/hotdog/udang/sotong
baby corn/sawi/carrot
garam secukup rasa
gula secukup rasa
2 sudu kecil sos tiram/sos ikan
2 sudu kecil lada sulah (lada tumbuk)
2 sudu kecil serbuk pati ayam/kiub ayam (Tadi syuk masak tak letak pun pati ayam)
Tepung jagung+air (Kacau)


Cara-cara:
- Panaskan minyak. 
- Gaul telur bersama kuewteow. Dan goreng

Cara untuk membuat kuah:
- Masak hirisan bawang besar, bawang putih dan cili jarum sehingga perang.
- Masukkan ayam/udang/sotong. Masukkan air sedikit
- Masukkan 2 sudu sos tiram, 2 sudu lada sulah dan kiub ayam
- Masuk sayur
- Masukkan tepung jagung + air mengikut kepekatan yang awak nak
- Masak hingga mendidih

Siap!

You Might Also Like

3 comments

  1. Sedapnya! Terliur nieyh. Elsa tak pernah buat sendiri hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha try laa. senang kacang je. takpayah makan kat kedai dah.

      Delete
  2. Wow sedapnya.. ni feberet Syafi masa dia kecik

    ReplyDelete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.