10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH SWT

May 26, 2017



Hi, assalamualaikum. Kita sambung slot solat lagi :)

Rasullulah saw telah bersabda yang bermaksud:

'Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya, petunjuk dan jalan selamat baginya. Dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya'

Nabi muhammad bersabda lagi : 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh allah swt antaranya :
  • Orang lelaki yang bersolat bersendirian tanpa membaca sesuatu
  • Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
  • Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang makmum membencinya
  • Orang lelaki yang melarikan diri dari medan peperangan
  • Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu bertaubat
  • Orang perempuan yang suami marah kepadanya
  • Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung
  • Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim dan suka menganiaya
  • Orang yang suka makan riba'
  • Orang yang solatnya tidak dapat menahan dirinya dari melakukan perbuatan keji, mungkar dan maksiat.

Mungkin bukan ini sahaja ciri-ciri solat yang tidak diterima, mungkin ada tambahan ciri yang lain. Kita check balik and sama-sama perbaiki solat kita. Wallahu'alam. 

p/s: Selamat berpuasa semua! malam ni jangan lupa solat terawih. And disusuli dengan entry fadhilat solat terawih, Akan di publish lepas solat terawih. sebab maybe ade ceramah sebelum tunggu waktu isyak or selepas isyak. 


You Might Also Like

8 comments

  1. Nice info.
    Salam Ramadhan. Selamat berpuasa ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. Semoga kita bukan dari golongan-golongan manusia seperti yang listed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, semoga ramadhan kali ini dapat perbaiki kesilapan yang lalu amin. salam ramadhan kareem nisa :)

      Delete
  3. Semoga solat kita diterima oleh Allah dan tak termasuk dalam golongan tersebut. Amin๐ŸŒธ

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini :)
    Salam Ramadhan dari saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan kareem too seorang syed :)

      Delete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.