10 DAYS CHALLENGE #DAY 2

May 17, 2017


Assalamualaikum and good morning. Pagi ni je ade peluang and ruang masa sikit nak berblogging. "When you already started your challenge, stay and finish it". So aku nak sambung 10 days challenge for second day.

#Day2: Nine things about yourself

I will make a very-very-very short review about myself. So baca sampai habis tau. Mana lah tahu esok-esok jodoh kita

I am very-very-very cool person
Do I? Yes, I am. I am a joker (Always). But, when it comes to badmood feel, everything gonna be nasty. Tapi jangan risaulah. Badmood tu datang sekali sebulan je. Memang selalu happy go lucky bini. Nanti kalau dah face to face memang tak tahan gelak lah youolls.

Hate durian, tempoyak dan seangkatan dengannya
Durian, kaulah busuk. Durian, busuk. Durian BUSUK. Itu je yang aku boleh describe kau doyan. Last makan masa kecik, bawah 4 tahun. Maybe masa tu hidung tersumbat kot, tu yang makan durian. Sampailah ada kejadian "Aku nak panjat tingkap, bawah tu durian. But i swear to god yang aku takkan jatuh atas durian tu, like kau panjat dinding terus. Sekali, malang berbau busuk terjatuh macam nangka busuk atas durian busuk" Habis berdarah teruk gila. I started hates the durian when i was 6years old. Then masa form berapa tah, aku try lah amik sebiji (bubur), sebab dia dah rendam dalam bubur kan. Sampai je 3 suap, aku buang. Hahahaha

No jerawat and blackhead
okay, ni betul. Bukan nak belagak sebab muka bersih ke apa. Tak eh! Jangan buruk sangka tak baik. no no no. Maybe my puberty didnt hit me so hard, i think so lah. Even, when having a period week, pun still tak tumbuh any jerawat. Jerawat aku ni tumbuh, bila aku tak basuh muka guna sabun. (Any sabun) Masa muka berminyak tu lah dia nak tumbuh. Tapi tak tumbuh dekat pipi, dia tumbuh atas dahi. Pelik. Kalau nak beli skincare, memang orang suruh amik yang normal punya je. Ade sekali tu, akak ni nak promote lotion dia (skin), dia cakap bagus untuk hidung. Then dia sentuh hidung aku and like "Eh, hidung awak takde apa-apa". Aku pun oh tak jadi beli lah then blah. Hhaha. Alhamdullilah, aku tak ada masalah dengan jerawat.

Budu and petai lover
Haa, ni legend. Ade orang yang makan budu, tapi tak makan petai. Ade orang makan petai, tapi tak makan budu. Aku makan dua dua. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terminat dengan benda ni. Durian tak makan, benda busuk ni makan pulak. Tak ingat la bila jinak-jinak makan ni. Siapa yang ajar pun aku tak ingat. Tapi memang dah lama ah makan ni. Lepas tokwan tahu aku suka petai, dia buatkan petai jeruk untuk aku. Ya allah serios sedap bakhang! Kalau bubuh 20 biji petai dalam pinggan aku, sekelip mata terus habis. Tapi yang tak syoknya part nak kencing lah. (orang yang makan je tahu bau dia)

Cat lover
As you all know, i am really really loves cat. I do loves cat since 2015 when i am 17 years old, man. You know, man. Malas nak cerita panjang, sebab dah cerita dekat SINI

Part-time housewife and blogger
Memandangkan, aku malas nak kerja and transport pun payah, aku ambil keputusan untuk jadi housewife sementara. Rutin macam biasa. Kerja di rumah memang tak pernah siap. Kalaulah pekerjaan ini, diiktiraf sebagai pekerjaan awam. Aku rasa aku lah paling kaya raya(And houswife lain). Bayangkan, sampai ke tua bangka pun kau kene masak, jemur kain and so on. Tiada pencen, guys. Kwsp bertambah and bertambah, guys. Peh! Sampai bulan ogos jela jadi housewife sementara tunggu UPU.(doakan aku dapat tawaran upu eh)

Cita-cita
Cita-cita aku, accountant. Aku dah jatuh hati dengan course and pekerjaan ni. Accountant, one of proffesional careers. Semoga perjalanan hidup berjalan dengan lancar dan cita-cita menjadi kenyataan, Amin.

Tak boleh tengok rumah bersepah
Aku rasa benda ni semua ada pada semua perempuan. Tapi, kalau rumah aku sepah sikit. Sikit je pun. Aku terus ponteng sekolah. Selalunya hari jumaat lah jadi mangsa, sebab mata pelajaran pun tak berapa penting sangat. So aku cuti hari jumaat, semata-mata nak kemas rumah. Sabtu and ahad tak boleh kacau or ajak aku kemas rumah. Memang itulah hari hari bermakna nak study. Ummi pun sibuk bekerja, so baik aku yang kemaskan sebelum sabtu and ahad menjelang tiba.

Hobi Memasak
January, 2017. Tokwan datang rumah aku, dari Terengganu-Nilai. Aku memang tak pandai masak. First time masak nasi goreng, aku pi letak air. Bukan minyak. What? Gila? Nasi goreng lembik and tawar gila. Pandai masak telur goreng and nanak nasi. Itu je ok! Lepastu timbul isu, hantaran 120K untuk masak telur. Tokwan ni mak ummi. Tokwan memang mantan chef. So bagijetahu resepi apa kau nak masak, terus tokwan bagi resepi. Tokwan style ok. Takkan dapat mana mana. Ini dikira wasiat lah jugak. Sepanjang dua bulan tokwan duduk rumah aku, macam-macam aku belajar. Paham kan basic memasak dulu. Minyak, bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili boh and lain-lain. Then baru kau boleh masak main menu. Alhamdullilah sekarang pulut kuning pun aku dah pandai buat ok. Bihun sup pun dah pandai. Boleh la kepandaian biasa-biasa, untuk kegunaan kemudian hari.


Thanks for reading. See you guys in next post. Bye assalamualaikum

You Might Also Like

4 comments

  1. bestnya muka jarang ada jerawat hm. sy pun cat lover hehe :D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hahaha silakan. ni pun tak sambung sambung lagi

      Delete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.