Bismillahirahmanirahim http://matcuoi.com
Assalamualaikum pemanis pembaca, entry malam ni bertajuk KUCING. kenapa dengan kucing? Ade sesetengah masyarakat yang memang kurang suka dengan kucing. (Sama macam aku pada mulanya). Sampai ade yang sanggup sepak, potong kaki, simbah cat, kurung kucing dalam sangkar then bakar. Ya Allah sayunya bila teringat balik mat salleh yang bakar kucing tu. Boleh minitis air mata.

Masa aku berumur belasan tahun, memang aku tak suka "gila" dengan kucing. Comel macam mana pun rupa si berbulu tu, memang aku tak akan usap, sentuh, gomol dan lain-lain yang patut dibuat. Bagi makan kucing lagi lah tak. Ade lah satu hari tu, sebab aku tak suka kucing 'tak bermaksud aku benci'. Mungkin sebab anak-anak kecil lagi yang akal tak berapa nak pakai sangat, tambah pula niat jahat, aku pergi sepak bola memang betul-betul kene dekat perut anak kucing tu. Ya Allah bila teringat balik, kejamnya Allahu!

Perangai tak suka kucing mula hilang pada tanggal 31 November 2015, (actually tak ingat tarikh berapa semestinya pada Nov). Cerita ni mula masa school holiday, memandangkan aku pelajar stpm, so aku bergumbire dengan school holiday. (ini salah satu kelebihan stpm) haha sempat promote. Ade lah sepupu ummi, dia jemput ke rumah untuk makan makan sikit. Actually, aku tak balik kampung lagi, ummi adik and angah je ade dekat kampung. (Tak ingat sebab apa), angah and adik memang suka yang amat dekat kucing. Ha! lupa nak bagitahu, angah ade lah jugak bela kucing dekat lorong belakang rumah, tapi sayang abah dah buang.

Berdasarkan cerita Adik....

Sampai je dekat rumah pakcik tu, banyak gila kucing benggala, ade baby kucing dengan bapak kucing, so apelagi, dia pun showing his interest on that cat la, usap la apalah. Pakcik tu pun mula lah perasan, "nak sekor ke kucing tu? pilihlah yang mana mana". Apelagi, orang dah tawar, takkan nak menolak puler. Pilih punya pilih, terpandanglah sekor anak kucing bulu ni, dok tidur dalam reban ayam. hahahaha serius. Ayam pijak pijak pun dia tak sedor. Lena betul ha. Adik aku tengok dia tu macam blur but at the same time dia pun cute and comel. Maka, secara rasminya, Dia menjadi milikMu! Bawaklah balik rumah tokwan, kencing dalam tandas, takut hilang, duduk atas riba orang tiap kali adik aku main ceper. Tapi, Aku? Aku tak pernah sentuh, tapi sebab kan dah jadi hak milik kami, aku macam timbul satu perasaan "Comel Jugak Dia Ni".

Sepanjang dekat kampung, jangan haraplah aku pegang. sampailah bawak balik dari GANU---> NILAI. risau sangat takut takut dia terberak terkencing, ummi pakaikan pampers hahaha. kucing kalau duduk tempat bergerak memang tahan poop pee dia. Dekat R&R, dia boleh terlepas, nasib sompek kejar. kalau tak menangis hiphop lah deme. Okaylah skip, dalam masa beberapa hari, aku dah mula sayang tapi tak pegang lagi. sebab geli bila pegang rasa tulang-tulang dia, takut dia sakit. First step, aku usap usap dia dulu. Dah biasa sikit, aku try lah pulak "angkat, then lepas. repeat" haha. sampai dah biasa lagi, belajar peluk. Alhamdullilah sayang tu dah mula melekat, rasa kesian, bagi makan, rasa sayang tiap hari. Nak tengok? Nama dia BEN, jantan.





Comel tak? Ni gambor dah tua. gambar baby tak tahu kat mana haha. Dia bawak balik kekasih, beranak pun dekat rumah aku. Dapat lima ekor. Ade yang bagi bagi orang. Tinggal sekor je. Nama dia Burn, Betine(KELABU)  http://matcuoi.com Lepastu si Burn mengawan pulak dengan si Ben (dengan bapak sendiri) pada usia yang sangat muda. 3 ekor anak hitam lah hasil mengawan nya, semua mati kecuali sekor, nama dia Cikitam, jantan.(HITAM) http://matcuoi.com  . Lepas beberapa bulan, diorang mengawan lagi. Cikitam tu tak tahu lah nak kate anak ben atau cucu ben haha. Mengawan dapat 3 ekor.  Semua comel comel, sebab baka bulu lebat and lawa. Rasa nak gomol gomol. Last sekali cikecik (KELABU PUTIH) Nak tengok gambar diorang?


 
Awak-awak rasa diorang comel tak? Please comment down below, nak tahu jawapan anda semua http://matcuoi.com

p/s: info terkini, Burn dah kene buang pagi ni http://matcuoi.com ya allah sedihnya!